Wahai ‘Ali! Apabila kamu mempersiapkan bekal, maka kamu jangan lupa terhadap bawang merah

TEKS BAHASA ARAB

يا علي إذا تزودت فلا تنسى البصل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Ali! Apabila kamu mempersiapkan bekal, maka kamu jangan lupa terhadap bawang merah.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 108, hadis nombor 530. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

كذب مختلق، وكذا ما عند الديلمي، بلا سند: (عليكم بالبصل فإنه يطيب البطن ويصلح الولد)، بل الثابت أنه شجرة خبيثة.

Suatu pendustaan lagi rekaan. Demikian juga sebagaimana yang terdapat dalam riwayat al-Dailami tanpa sanad: “Hendaklah kamu melazimi bawang merah, kerana ia boleh memperelokkan perut dan memperbaiki anak”, bahkan yang thabit adalah ia satu tumbuhan yang jijik.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon