Sesungguhnya Allah SWT telah berbicara kepada Musa dengan seratus ribu dan empat puluh ribu kalimah dalam tiga hari,

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى ناجى موسى بمئة ألف وأربعين ألف كلمة في ثلاثة أيام؛ وصايا كلها، فلما سمع موسى كلام الآدميين؛ مقتهم مما وقع في مسامعه من كلام الرب، وكان فيما ناجاه أن قال: يا موسى! إنه لم يتصنع المتصنعون لي بمثل الزهد في الدنيا، ولم يتقرب إلي المتقربون بمثل الورع عما حرمت عليهم، ولا تعبدني العابدون بمثل البكاء من خيفتي. فقال موسى: يا إله البرية كلها! ويا مالك يوم الدين! يا ذا الجلال والإكرام! فلماذا أعددت لهم؟ وماذا جزيتهم؟ قال: يا موسى! أما الزاهدون في الدنيا؛ فإني أبيحهم جنتي، يتبوؤون حيث يشاؤون، وأما الورعون عما حرمت عليهم؛ فإنه ليس من عبد يلقاني يوم القيامة إلا ناقشته الحساب، وفتشته عما كان في يديه إلا ما كان من الورعين؛ فإني أستحييهم وأجلهم، [وأكرمهم] ؛ فأدخلهم الجنة بغير حساب، وأما البكاؤون من خيفتي؛ فلهم الرفيق الأعلى، لا يشاركون فيه

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT telah berbicara kepada Musa dengan seratus ribu dan empat puluh ribu kalimah dalam tiga hari, ia semuanya wasiat. Apabila Musa mendengar kata-kata manusia, beliau merahkan mereka kerana apa yang didengarinya daripada kalam Tuhan dan di antara yang dimunajatkannya adalah: Wahai Musa! Sesungguhnya orang-orang yang berpura-pura tidak berpura-pura untuk-Ku dengan seumpama berzuhud di dunia, dan orang-orang yang mendekatkan dirinya tidak mendekati-Ku seperti kewarakan daripada apa yang telah aku haramkan ke atas mereka, dan orang-orang yang beribadat tidak beribadat kepada-Ku seperti menangis kerana takutkan-Ku. Lalu Musa berkata: Wahai Tuhan setiap manusia keseluruhannya! Wahai Yang memiliki hari Pembalasan! Wahai yang mempunyai keagungan dan kemuliaan! Untuk apa yang telah kau sediakan bagi mereka? Dan apakah yang Engkau balas mereka? Tuhannya menjawab: Wahai Musa! Bagi orang-orang yang berzuhud di dunia, maka sesungguhnya aku akan halalkan mereka syurgaku, mereka tinggal seperti mana yang mereka inginkan. Manakala bagi orang-orang yang warak terhadap apa yang telah aku haramkan ke atas mereka pula, sesungguhnya tidak ada hamba yang bertemu dengan-Ku pada hari kiamat melainkan Aku berbincang dengannya berkenaan hisab dan Aku selidiki apa yang berada di tangannya selain orang-orag yang warak. Ini kerana sesungguhnya Aku segan dengan mereka, membesarkan mereka dan memuliakan mereka maka akan Aku masukkan mereka ke dalam syurga tanpa hisab. Bagi yang menangis kerana takutkan Aku pula, bagi mereka teman rapat yang paling tinggi yang tidak dia berkongsi dengan sesiapa pun.

 

STATUS

Sangat lemah

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1693, hadis nombor 8536. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Abbas RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat, al-Tabarani dalam al-Kabir dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman.

Ia dinilai sangat lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon