TEKS BAHASA ARAB
عن زيد ابن أرقم قال: كنت جالساً عند النبي – صلى الله عليه وسلم -، فقال له رجل من اليهود [يقال له: ثعلبة بن الحارث] : أتزعم أن في الجنة طعاماً وشراباً وأزواجاً؟ فقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: "نعم". فقال اليهودي: إنا نجدها طيبة مطيبة؟ فقال له النبي – صلى الله عليه وسلم -: (أتؤمن بشجرة المسك وتجدها في كتابكم؟ قال: نعم. قال: فإن البول والجنابة عرق يسيل من ذوائبهم إلى أقدامهم كالمسك)
TEKS BAHASA MALAYSIA
Daripada Zaid bin Arqam RA berkata: “Aku duduk bersama Nabi SAW. Lalu berkata seorang lelaki daripada Yahudi kepada Baginda yang dikenali sebagai: Tha’labah bin al-Harith. Adakah kamu menyangka bahawa di syurga terdapat makanan, minuman dan isteri-isteri? Lalu Nabi SAW berkata: Ya. Berkata Yahudi: Kami mendapatinya baik lagi lazat? Maka Nabi SAW berkata kepadanya: Tidakkah kamu beriman dengan pohon kasturi dan kamu boleh mendapatinya di dalam kitab kamu? Dia berkata: Ya. Baginda berkata: Sesungguhnya air kencing dan air janabah merupakan peluh yang mengalir daripada jambul rambut hingga kaki mereka seperti kasturi."
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1692, hadis nombor 8533. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Zaid bin Arqam RA ini yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir, dan al-Tabarani dalam al-Awsat.
Ia dinilai palsu oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله .
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.