Apakah yang menghalang antara kalian apabila mengetahui sesuatu jawapan daripada diri sendiri

TEKS BAHASA ARAB

ما يمنع أحدكم إذا عرف الإجابة من نفسه، فشفي من مرضه، أو قدم من سفر؛ يقول: الحمد لله الذي بعزته وجلاله تتم الصالحات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apakah yang menghalang antara kalian apabila mengetahui sesuatu jawapan daripada diri sendiri, maka sembuhlah daripada penyakitnya ataupun mendahulukan permusafiran, Baginda berkata: Segala puji milik-Nya (Allah) dengan zat-Nya, dan kemuliaan-Nya yang pelengkap kepada yang baik-baik.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1184, hadis nombor 6002. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ما يمنع أحدكم إذا عرف الإجابة من نفسه، فشفي من مرضه، أو قدم من سفر؛ يقول: الحمد لله الذي بعزته وجلاله تتم الصالحات)). [ك، ((الضعيفة)) (5599)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Aishah RA telah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: Apakah yang menghalang antara kalian apabila mengetahui sesuatu jawapan daripada diri sendiri, maka sembuhlah daripada penyakitnya ataupun mendahulukan permusafiran, Baginda berkata: Segala puji milik-Nya (Allah) dengan zat-Nya, dan kemuliaan-Nya yang pelengkap kepada yang baik-baik.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 5599]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs