Aku telah masuk berjumpa Rasulullah SAW dan baginda dalam keadaan berbekam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

دخلت على رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وهو يحتجم يوم الثلاثاء، فقلت: هذا اليوم تحتجم؟! قال: ((نعم؛ من وافق منكم يوم الثلاثاء لسبع عشرة مضت من الشهر؛ فلا يجاوزها حتى يحتجم، فاحتجموا فيه)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah masuk berjumpa Rasulullah SAW dan baginda dalam keadaan berbekam pada hari Selasa, lalu aku berkata: “Adakah hari ini engkau berbekam?”. Maka baginda bersabda: “Ya, barang siapa dalam kalangan kalian yang memenuhi kehendaknya untuk berbekam pada hari Selasa iaitu pada hari ke-17 maka melewatkannya itu tidak diharuskan, maka hendaklah kalian berbekam”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1184, hadis nombor 6004. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: دخلت على رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وهو يحتجم يوم الثلاثاء، فقلت: هذا اليوم تحتجم؟! قال: ((نعم؛ من وافق منكم يوم الثلاثاء لسبع عشرة مضت من الشهر؛ فلا يجاوزها حتى يحتجم، فاحتجموا فيه)). [طب، ابن حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (5576)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, telah berkata: Aku telah masuk berjumpa Rasulullah SAW dan baginda dalam keadaan berbekam pada hari Selasa, lalu aku berkata: “Adakah hari ini engkau berbekam?”. Maka baginda bersabda: “Ya, barang siapa dalam kalangan kalian yang memenuhi kehendaknya untuk berbekam pada hari Selasa iaitu pada hari ke-17 maka melewatkannya itu tidak diharuskan, maka hendaklah kalian berbekam”.
[ٌRiwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan Ibn Hibban dalam al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 5576]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.