Mengapa aku tidak pernah melihat Mikail ketawa sedikit pun?

TEKS BAHASA ARAB

ما لي لم أر ميكائيل ضاحكا قط؟ قال جبريل: ما ضحك ميكائيل منذ خلقت النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mengapa aku tidak pernah melihat Mikail ketawa sedikit pun? Jibril menjawab: Mikail tidak pernah ketawa semenjak neraka diciptakan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 6, hadis nombor 107. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أحمد (3/ 224) وفي الزهد وابن أبي الدنيا في كتاب الخائفين كما في تخريج الإحياء للعراقي (4/181) وأبو الشيخ في العظمة (ق / 64 / 2- 65 / 1) والآجري في الشريعة (395) والطبراني كما في الفتح (6/307) من طريق إسماعيل بن عياش عن عمارة بن غزية أنه سمع حميد بن عبيد مولى بني المعلى يقول: سمعت ثابتا البناني، يحدث عن أنس بن مالك أن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم لجبريل عليه السلام : ما لي لم أر ميكائيل…الحديث. قال العراقي: إسناده جيد وحسن إسناده السيوطي في الجامع الصغير.
قلت: كذا قالا وليس بصواب فإن في الحديث علتين:
الأولى: إن إسماعيل بن عياش إن روى عن المدنيين تقع المناكير في روايته. وعمارة بن غزية مدني.
الثانية: أن حميد بن عبيد ترجمه الحافظ في التعجيل (234) . وقال: لا يدري من هو. وقول الحافظ عقبه: هو مدني من موالى الأنصار. لا يفيد في تعريفه شيئا. وقال الهيثمي (10/385) : رواه أحمد من رواية إسماعيل بن عياش عن المدنيين وهي ضعيفة وبقية رجاله ثقات. ونقل المناوي في الفيض (5 / 452 – 453) كلام الهيثمي وقال: وبه يعرف ما في رمزه لحسنه أ. هـ‍ يعنى به الحافظ السيوطي والله أعلم.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ahmad (3/224), juga dalam al-Zuhd, Ibn Abi al-Dunya dalam Kitab al-Kha’ifin – sebagaimana dalam Takhrij al-Ihya’ oleh al-‘Iraqi (4/181) -, Abu al-Syeikh dalam al-‘Uzmah (hlm./64/2-65/1), al-Ajuri dalam al-Shari’ah (395) dan al-Tabarani sebagaimana dalam al-Fath (6/307) melalui sanad Isma’il bin ‘Ayyash daripada ‘Umarah bin Ghaziyyah bahawa beliau telah mendengar Humaid bin ‘Ubaid mawla Bani al-Mu’alla, katanya: Aku telah mendengar Thabit al-Bunani menceritakan daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril A.S: “Apakah sebab aku tidak pernah melihat Mikail…” Al-‘Iraqi berkata: “Sanadnya jayyid”. Al-Suyuti turut menilai hasan sanadnya dalam al-Jami’ al-Saghir.
Saya berkata: Begitulah kata mereka berdua, ianya tidak tepat kerana hadith tersebut ada dua kecacatan:
Pertama: Sekiranya Isma’il bin ‘Ayyash meriwayatkan daripada penduduk Madinah, maka akan terdapat perkara-perkara munkar dalam riwayat beliau. ‘Umarah bin Ghaziyyah adalah penduduk Madinah.
Kedua: Humaid bin ‘Ubaid, al-Hafiz telah membuat biografiny adalam al-Ta’jil (234). Al-Hafiz berkata: “Tidak diketahui siapakah beliau”. Setelah itu, al-Hafiz berkata lagi: “Beliau adalah penduduk Madinah, daripada mawla al-Ansar”. Ini tidak memberikan apa-apa manfaat pun untuk mengenali beliau. Al-Haythami (10/385) pula berkata: “Ahmad telah meriwayatkannya melalui riwayat Isma’il bin ‘Ayyash daripada penduduk Madinah, ianya dha’if dan baki perawi-perawinya adalah thiqah”. Al-Munawi juga telah menukilkan dalam al-Faidh (5/452-453) kalam al-Haythami tersebut, seraya al-Munawi berkata: “Ini diketahui berdasarkan simbolnya bahawa beliau menilainya hasan”, maksudnya al-Hafiz al-Suyuti. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.