Apabila wafatnya Nabi SAW, dipakaikan ke atas Baginda bajunya yang mana dikafankan dengannya.

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لما مات النبي – صلى الله عليه وسلم -؛ زُرِّرَ عليه قميصُهُ الذي كُفِّن فيهِ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Abu Hurairah RA berkata: “Apabila wafatnya Nabi SAW, dipakaikan ke atas Baginda bajunya yang mana dikafankan dengannya.”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1759, hadis nombor 8860. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة: لما مات النبي – صلى الله عليه وسلم -؛ زُرِّرَ عليه قميصُهُ الذي كُفِّن فيهِ. [عد، خط، ((الضعيفة)) (5909)].

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: “Apabila wafatnya Nabi SAW, dipakaikan ke atas Baginda bajunya yang mana dikafankan dengannya.”
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil dan al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5909].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.