TEKS BAHASA ARAB
يا بريدة! إذا جلست في صلاتك؛ فلا تتركن التشهد والصلاة علي؛ فإنها زكاة الصلاة، وسلم على جميع أنبياء الله ورسله، وسلم على عباد الله الصالحين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Buraidah, apabila kamu duduk dalam solatmu, maka jangan sekali-kali kamu tinggalkan tasyahud dan selawat ke atasku, kerana sesungguhnya ia adalah zakat bagi solat itu. Berilah juga salam buat sekalian para nabi Allah dan rasul-Nya, serta berilah salam buat hamba-hamba Allah yang soleh.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 331-332, hadis nombor 1743. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن بريدة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((يا بريدة! إذا جلست في صلاتك؛ فلا تَتْرُكَن التشهد وَالصَّلَاة عليّ؛ فَإِنَّهَا زكاة اَلصَّلَاة، وسلّم على جميع أنبياء الله ورسله، وسلّم على عباد الله الصالحين)). [قط، ((الضعيفة)) (5979)].
(Palsu) Daripada Buraidah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Wahai Buraidah, apabila kamu duduk dalam solatmu, maka jangan sekali-kali kamu tinggalkan tasyahud dan selawat ke atasku, kerana sesungguhnya ia adalah zakat bagi solat itu. Berilah juga salam buat sekalian para nabi Allah dan rasul-Nya, serta berilah salam buat hamba-hamba Allah yang soleh." [Riwayat al-Daraqutni dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5979].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.