TEKS BAHASA ARAB
إذا تناول العبد كأس الخمر؛ ناشده الإيمان من قلبه: سألتك بالله! أن لا تدخله عليّ، فإني لا أستقر أنا وهو في موضع واحد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila seorang hamba selalu meminum dari gelas arak; Iman yang dari hati memanggilnya (seraya berkata): “Aku memohon kepadamu demi Allah! Agar kamu tidak masukkannya kepadaku. Sesungguhnya aku dan dia tidak akan tetap di satu tempat yang sama”.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 516, hadis nombor 2743. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إذا تناول العبد كأس الخمر؛ ناشده الإيمان من قلبه: سألتك بالله! أن لا تدخله عليّ، فإني لا أستقر أنا وهو في موضع واحد». [ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (5762)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang hamba selalu meminum dari gelas arak; Iman yang dari hati memanggilnya (seraya berkata): “Aku memohon kepadamu demi Allah! Agar kamu tidak masukkannya kepadaku. Sesungguhnya aku dan dia tidak akan tetap di satu tempat yang sama”. [Riwayat Ibnu Hibban dalam al-Du’afa’ dan Ibnu al-Jawzi dalam al-Maudu’at. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5762].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.