Apabila salah seorang kamu masuk ke rumahnya, janganlah dia duduk sehingga solat dua rakaat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا دخل أحدكم بيته فلا يجلس حتى يركع.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila salah seorang kamu masuk ke rumahnya, janganlah dia duduk sehingga solat dua rakaat.


STATUS

Tiada asal baginya


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 55-57, hadis nombor 118. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال الأزدي: لا أصل له.
وقد أخرجه البيهقي من حديث أبي هريرة بلفظ: إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يركع ركعتين وإذا دخل بيته فلا يجلس حتى يركع ركعتين فإن الله جاعل له من ركعتيه في بيته خيرا .
وأخرج البزار في مسنده من حديث أبي هريرة إذا [دخلت منزلك فصل ركعتين تمنعانك مدخل السوء وإذا _] خرجت من مجلسك فصل ركعتين تمنعانك من مخرج السوء.
قال في مجمع الزوائد: رجاله موثقون .
وأخرج سعيد بن منصور عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: صلاة الأوابين صلاة الأبرار وصلاة الأبرار: ركعتان إذا دخلت بيتك وركعتان إذا خرجت .

Al-Azdiy berkata: Tiada Asalnya.

Al-Baihaqi turut meriwayatkannya melalui hadith Abu Hurairah dengan lafaz: Jika seseorang dari kamu masuk ke Masjid, maka janganlah dia duduk sehingga dia solat dua rakaat, dan apabila dia masuk ke dalam rumahnya, maka janganlah dia duduk melainkan solat dua rakaat. Sesungguhnya Allah menjadikan baginya kebaikan dari dua rakaat solatnya di rumahnya.

Al-Bazzar juga meriwayatkan di dalam kitab Musnadnya melalui hadith Abu Hurairah: Apabila kamu masuk ke rumahmu, solatlah dua rakaat, ia akan menghalangmu dari pintu masuk kejahatan. Apabila engkau keluar daripada tempat dudukmu, maka solatlah dua rakaat, ia akan menghindarimu dari pintu keluar kejahatan.

Al-Haithami berkata: Perawi-perawinya boleh dipercayai.

Said bin Mansur meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda: Solat Awwabin ialah Solat al-Abrar, Solat al-Abrar ialah solat dua rakaat bila kamu masuk ke rumah dan dua rakaat ketika keluar rumah.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs