Sesiapa yang solat Subuh di masjidnya, selepas itu duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من صلى الغداة في مسجده ثم جلس يذكر الله إلى أن تطلع الشمس فإذا طلعت حمد الله وقام فصلى ركعتين _ إلخ.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang solat Subuh di masjidnya, selepas itu duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, setelah matahari terbit dia kemudian memuji Allah lalu bangun solat dua rakaat… hingga akhir hadis.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 57-58, hadis nombor 120. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في الذيل: فيه إبراهيم بن حبان ساقط وقيل: ضعيف يحدث عن الثقات بالموضوعات.

Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-Zail: Pada sanad hadith ini terdapat seorang perawi bernama Ibrahim bin Hibban, yang dihukumkan sebagai saqit dikatakan juga seorang yang dhaif yang meriwayatkan hadith-hadith palsu daripada perawi thiqah.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs