Apabila salah seorang kamu ingin memulakan solat, hendaklah dia mengangkat kedua tangannya

TEKS BAHASA ARAB

إذا استفتح أحدكم، فليرفع يديه، وليستقبل بباطنهما القبلة، فإن الله أمامه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang kamu ingin memulakan solat, hendaklah dia mengangkat kedua tangannya, dan dia menghadapkan bahagian batinnya (bahagian dalam/perut tangan) ke arah kiblat. Kerana sesungguhnya Allah di hadapannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 255, hadis nombor 1320. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إذا استفتح أحدكم، فليرفع يديه، وليستقبل بباطنها القبلة، فإن الله أمامه)). [طس، ((الضعيفة)) [(2338)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila salah seorang kamu ingin memulakan solat, hendaklah dia mengangkat kedua tangannya, dan dia menghadapkan bahagian batinnya (bahagian dalam/perut tangan) ke arah kiblat. Kerana sesungguhnya Allah di hadapannya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2338]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs