Apabila salah seorang kamu bangun pagi tetapi belum menunaikan solat witir, maka hendaklah dia melakukannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا أصبح أحدكم ولم يوتر، فليوتر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang kamu bangun pagi tetapi belum menunaikan solat witir, maka hendaklah dia melakukannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 255, hadis nombor 1321. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إذا أصبح أحدكم ولم يوتر، فليوتر)). [ك، هق، ((الضعيفة)) (2333)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah seorang kamu bangun pagi tetapi belum menunaikan solat witir, maka hendaklah dia melakukannya.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak beliau dan al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2333]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.