Apabila salah seorang dari kalian solat, lalu tiada di hadapannya sesuatu yang menjadi penghadang

TEKS BAHASA ARAB

إذا صلى أحدكم، فلم يكن بين يديه ما يستره؛ فليخط خطا، ولا يضره ما مر بين يديه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang dari kalian solat, lalu tiada di hadapannya sesuatu yang menjadi penghadang, maka hendaklah dia buat garisan dan tiada yang memudaratkannya apa-apa yang lalu di hadapannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 318, hadis nombor 1674. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Hurairah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة –رضي الله عنه- أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إذا صلى أحدكم، فلم يكن بين يديه ما يستره؛ فليخط خطا، ولا يضره ما مر بين يديه)). [ الطيالسي، ((الضعيفة)) (5813) ].

(Lemah) Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW telah bersabda: Apabila salah seorang dari kalian solat, maka tiada di hadapannya apa yang menjadi penghadang, maka hendaklah dia buat garisan dan tiada yang memudaratkannya apa-apa yang lalu di hadapannya. [Diriwayatkan oleh Abu Daud al-Tayalisi dalam Kitab Musnadnya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5813].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs