Apabila Rasulullah SAW tiba ke Madinah dari haji Wada’ (perpisahan)

TEKS BAHASA ARAB

لما قدم رسول الله ﷺ في حجة الوداع إلى المدينة ؛ صعد المنبر، فحمد الله وأثنى عليه، ثم قال: يا أيها الناس! إن أبا بكر لم يسؤني قطّ ؛ فاعرفوا ذلك له، يا أيها الناس! إني راض عن عمر وعثمان وعلي وطلحة والزبير وسعد وعبدالرحمن بن عوف والمهاجرين، فاعرفوا ذلك لهم . يا أيها الناس! إن الله قد غفر لأهل بدر والحديبية، فاحفظوني في أصحابي، وفي أصهاري، وفي أختاني، ولا يطلبنّكم الله بمظلمة أحد منهم فإنها لا توهب، أيها الناس! ارفعوا ألسنتكم عن المسلمين، فإذا مات أحد من المسلمين فقولوا فيه خيرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Rasulullah SAW tiba ke Madinah dari haji Wada’ (perpisahan), baginda naik ke mimbar lalu memuji Allah. Kemudian baginda bersabda: “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Abu Bakar tidak pernah sekalipun memburukkan aku, ketahuilah perihal itu. Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku reda dengan ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali, Talhah, Zubair, Sa’d, Abd al-Rahman bin ‘Auf dan sekalian Muhajirin, ketahuilah perihal itu. Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah mengampuni ahli Badar serta Hudaibiyyah, maka jagalah aku dengan menjaga para sahabatku, para menantuku dan para mertuaku. Jangan sampai Allah menuntut daripada kalian tentang kezaliman salah seorang dari mereka, sesungguhnya ia tidak dihadiahkan. Wahai sekalian manusia, angkat lidahmu dari berkata tentang orang Islam. Apabila matinya seseorang Muslim, cakaplah perkara baik mengenainya.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1835, hadis nombor 9247. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سهل بن مالك -رضي الله عنه-، قال: لما قدم رسول الله ﷺ في حجة الوداع إلى المدينة ؛ صعد المنبر، فحمد الله وأثنى عليه، ثم قال: يا أيها الناس! إن أبا بكر لم يسؤني قطّ؛ فاعرفوا ذلك له، يا أيها الناس! إني راض عن عمر وعثمان وعلي وطلحة والزبير وسعد وعبدالرحمن بن عوف والمهاجرين، فاعرفوا ذلك لهم . يا أيها الناس! إن الله قد غفر لأهل بدر والحديبية، فاحفظوني في أصحابي، وفي أصهاري، وفي أختاني، ولا يطلبنّكم الله بمظلمة أحد منهم فإنها لا توهب، أيها الناس! ارفعوا ألسنتكم عن المسلمين، فإذا مات أحد من المسلمين فقولوا فيه خيرا. [طب، خط، أبو نعيم في (المعرفة)، ابن عساکر، (الضعيفة) (3237)].

(Palsu) Daripada Sahl bin Malik RA berkata: “Apabila Rasulullah SAW tiba ke Madinah dari haji Wada’ (perpisahan), baginda naik ke mimbar lalu memuji Allah. Kemudian baginda bersabda: “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Abu Bakar tidak pernah sekalipun memburukkan aku, ketahuilah perihal itu. Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku reda dengan ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali, Talhah, Zubair, Sa’d, Abd al-Rahman bin ‘Auf dan sekalian Muhajirin, ketahuilah perihal itu. Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah mengampuni ahli Badar serta Hudaibiyyah, maka jagalah aku dengan menjaga para sahabatku, para menantuku dan para mertuaku. Jangan sampai Allah menuntut daripada kalian tentang kezaliman salah seorang dari mereka, sesungguhnya ia tidak dihadiahkan. Wahai sekalian manusia, angkat lidahmu dari berkata tentang orang Islam. Apabila matinya seseorang Muslim, cakaplah perkara baik mengenainya.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Abu Nu’aim dalam al-Makrifah dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3237]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs