Aku melihat Rasulullah SAW mencium Fatimah lalu aku bertanya

TEKS BAHASA ARAB

كنت أرى رسول الله ﷺ يقبل فاطمة، فقلت: يا رسول الله! إني أراك تفعل شيئا ما كنت أراك تفعله من قبل؟ فقال: يا حميراء! إنه لما كان ليلة أسري بي إلى السماء، أدخلت الجنة فوقفت على شجرة من شجر الجنة، لم أر في الجنة شجرة هي أحسن منها حسنا، ولا أبيض منها ورقة، ولا أطيب منها ثمرة، فتناولت ثمرة من ثمراتها، فأكلها، فصارت نطفة في صلبي، فلما هبطت واقعت خديجة؛ فحملت بفاطمة، فإذا أنا اشتقت إلى رائحة الجنة، شممت ريح فاطمة. یا حمیراء! إن فاطمة ليست کنساء الآدميين، ولا تعتل کما يعتلن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat Rasulullah SAW mencium Fatimah lalu aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Aku lihat engkau melakukan sesuatu yang tak pernah aku lihat sebelum ini.” Lalu baginda bersabda: “Wahai Humaira’, Sesungguhnya pada malam aku diisrakkan ke langit, aku dibawa masuk ke syurga. Lalu aku berhenti pada satu pokok dari pokok-pokok syurga. Aku lihat tiada pokok sebaik itu di syurga, yang paling jernih daunnya dan yang paling elok buahnya. Lalu aku dihidangkan sebiji dari buah-buahannya dan aku memakannya. Maka ia menjadi benih air maniku. Apabila aku diturunkan ke bumi, aku bersama Khadijah lalu dia mengandungkan Fatimah. Justeru, jika aku merindui bau syurga, aku akan mencium bau Fatimah. Wahai Humaira’, sesungguhnya Fatimah bukan seperti perempuan-perempuan yang lain. Dia tidak haid seperti perempuan lain.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1835, hadis nombor 9248. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: كنت أرى رسول الله ﷺ يقبّل فاطمة، فقلت: يا رسول الله! إني أراك تفعل شيئا ما كنت أراك تفعله من قبل؟ فقال: يا حميراء! إنه لما كان ليلة أسري بي إلى السماء، أدخلت الجنة فوقفت على شجرة من شجر الجنة، لم أر في الجنة شجرة هي أحسن منها حسنا، ولا أبيض منها ورقة، ولا أطيب منها ثمرة، فتناولت ثمرة من ثمراتها، فأكلها، فصارت نطفة في صلبي، فلما هبطت واقعت خديجة؛ فحملت بفاطمة، فإذا أنا اشتقت إلى رائحة الجنة، شممت ريح فاطمة. یا حمیراء! إن فاطمة ليست کنساء الآدميين، ولا تعتل کما يعتلن. [طب، (الضعيفة) (3242)].

(Palsu) Daripada ‘Aishah RA berkata: Aku melihat Rasulullah SAW mencium Fatimah lalu aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Aku lihat engkau melakukan sesuatu yang tak pernah aku lihat sebelum ini.” Lalu baginda bersabda: “Wahai Humaira’, Sesungguhnya pada malam aku diisrakkan ke langit, aku dibawa masuk ke syurga. Lalu aku berhenti pada satu pokok dari pokok-pokok syurga. Aku lihat tiada pokok sebaik itu di syurga, yang paling jernih daunnya dan yang paling elok buahnya. Lalu aku dihidangkan sebiji dari buah-buahannya dan aku memakannya. Maka ia menjadi benih air maniku. Apabila aku diturunkan ke bumi, aku bersama Khadijah lalu dia mengandungkan Fatimah. Justeru, jika aku merindui bau syurga, aku akan mencium bau Fatimah. Wahai Humaira’, sesungguhnya Fatimah bukan seperti perempuan-perempuan yang lain. Dia tidak haid seperti perempuan lain.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3242]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs