TEKS BAHASA ARAB
إذا ادهن أحدكم؛ فليبدأ بحاجبيه، فإنه يذهب بالصداع.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila kamu menyapu minyak, mulakanlah dengan dua kening kerana ia akan menghilangkan sakit kepala.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1615, hadis nombor 8145. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن قتادة بن دعامة، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – : ((إذا ادهن أحدكم؛ فليبدأ بحاجبيه، فإنه يذهب بالصداع)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (2212)].
(Lemah)
Daripada Qatadah bin Di’amah berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila kamu menyapu minyak, mulakanlah dengan dua kening kerana ia akan menghilangkan sakit kepala.))
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2212].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.