Khitan adalah sunnah kepada golongan lelaki dan kemuliaan bagi golongan wanita

TEKS BAHASA ARAB

الختان سنة للرجال، مكرمة للنساء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Khitan adalah sunnah kepada golongan lelaki dan kemuliaan bagi golongan wanita.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1198, hadis nombor 6078. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
الختان سنة للرجال، مكرمة للنساء. روي من حديث أسامة الهذلي والد أبي المليح وشداد بن أوس، وعبد الله بن عباس رضي الله عنه.
[حم، هق، طب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1935)]

(Lemah)
Khitan adalah sunnah kepada golongan lelaki dan kemuliaan bagi golongan wanita. Diriwayatkan melalui hadis Usamah al-Huzali, ayah kepada Abi al-Mulaih, Shaddad bin Aws, ‘Abdillah bin ‘Abbas RA.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Baihaqi, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1935]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.