Apabila kiamat terjadi akan didatangkan kerusi daripada emas

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: "إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ جِيءَ بِكَرَاسِيَّ مِنْ ذَهَبٍ مُكَلَّلَةٍ بِالدُّرِ وَالْيَاقُوتِ مَفْرُوشَةٍ بِالسُنْدُسِ وَالإِسْتَبْرَقِ ثُمَّ يُضْرَبُ عَلَيْهَا قِبَابٌ مِنْ نُورٍ ثُمَّ يُنَادَى: أَيْنَ الْمُؤَذِّنُونَ _ إلخ"


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Apabila kiamat terjadi, akan didatangkan kerusi daripada emas bertatahkan belian dan permata dialas dengan sutera kasar dan lembut dan di atasnya juga terdapat kubah daripada cahaya kemudian diseru: dimanakah muazzin?”


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 17, hadis nombor 10. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الخطيب عن أبي سعيد مرفوعا وقال غريب جدا تفرد به إسماعيل بن يحيى وهو ضعيف سيىء الحال جدا

Al-Khatib meriwayatkan daripada Abu Sa’id secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi) beliau berkata: Hadith ini sangat gharib, berseorangan Ismail bin Yahya meriwayatkannya, sedangkan beliau dhaif dan buruk keadaannya.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon