Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang melaungkan lafaz iqamah sekali

Teks Bahasa Arab

حديث: "مَنْ أَفْرَدَ الإِقَامَةَ فَلَيْسَ مِنَّا"

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang melaungkan lafaz iqamah sekali, maka dia bukan daripada kami (sunnah kami).

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 18, hadis no. 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الجوزقاني عن ابن عباس مرفوعا، وهو موضوع. ورجاله بين مجهول ومجروح

Diriwayatkan oleh al-Jauzaqani daripada Ibn Abbas secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi), hadith ini palsu. Perawi-perawinya berstatus sama ada tidak dikenali dan dikritik.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.