Apabila kamu berwuduk, lalu ia mengalir daripada tandukmu (kemaluan) hingga kakimu, maka wuduk tidak wajib kepadamu

TEKS BAHASA ARAB

إذا توضأت؛ فسال من قرنك إلى قدمك؛ فلا وضوء عليك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu berwuduk, lalu ia mengalir daripada tandukmu (kemaluan) hingga kakimu, maka wuduk tidak wajib kepadamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1216, hadis nombor 6193. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عباس رضي الله عنهما: أن رجلا أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله! إن بي الناسور، وإني أتوضأ فيسيل مني؟ فقال النبي صلى الله عليه وسلم: إذا توضأت؛ فسال من قرنك إلى قدمك؛ فلا وضوء عليك.
[طب، عق، عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5843)]

(Munkar)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: Sesungguhnya saya terkena buasir, apabila aku berwuduk, ia mengalir daripada (dubur)ku. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu berwuduk, lalu ia mengalir daripada tandukmu (kemaluan) hingga kakimu, maka wuduk tidak wajib kepadamu.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-'Uqaili, Ibn 'Adi dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5843]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs