Apabila seseorang kamu bersuci, maka hendaklah dia menyebutkan bismillah kerana ia boleh menyucikan seluruh jasadnya

TEKS BAHASA ARAB

إذا تطهر أحدكم؛ فليذكر اسم الله تعالى؛ فإنه يطهر جسده كله، وإذا لم يذكر اسم الله تعالى على طهوره؛ لم يطهر إلا ما مر عليه الماء، وإذا فرغ أحدكم من طهوره؛ فليشهد أن لا إله إلا الله، وأن محمدا عبده ورسوله؛ ثم ليصل عليه، فإذا قال ذلك؛ فتحت له أبواب الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang kamu bersuci, maka hendaklah dia menyebutkan nama Allah kerana ia boleh menyucikan seluruh jasadnya. Sekiranya dia tidak menyebutkan nama Allah Ta’ala ketika bersuci, maka tidak suci melainkan anggota yang dilalui oleh air di atasnya. Apabila seseorang kamu selesai daripada bersuci, maka hendaklah dia bersaksi bahawa tidak Allah Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan RasulNya. Kemudian hendaklah dia berselawat ke atasnya. Apabila dia menyebutkan sedemikian, maka dibukakan untuknya pintu-pintu syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1216, hadis nombor 6192. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام)
عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه، قال: قال رسول الله عليه وسلم: إذا تطهر أحدكم؛ فليذكر اسم الله تعالى؛ فإنه يطهر جسده كله، وإذا لم يذكر اسم الله تعالى على طهوره؛ لم يطهر إلا ما مر عليه الماء، وإذا فرغ أحدكم من طهوره؛ فليشهد أن لا إله إلا الله، وأن محمدا عبده ورسوله؛ ثم ليصل عليه، فإذا قال ذلك؛ فتحت له أبواب الجنة.
[ابن جميع في ((معجم الشيوخ))، ((الضعيفة)) (5691)]

(Palsu dengan lafaz lengkap ini)
Daripada ‘Abdillah bin Mas’ud RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu bersuci, maka hendaklah dia menyebutkan nama Allah kerana ia boleh menyucikan seluruh jasadnya. Sekiranya dia tidak menyebutkan nama Allah Ta’ala ketika bersuci, maka tidak suci melainkan anggota yang dilalui oleh air di atasnya. Apabila seseorang kamu selesai daripada bersuci, maka hendaklah dia bersaksi bahawa tidak Allah Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan RasulNya. Kemudian hendaklah dia berselawat ke atasnya. Apabila dia menyebutkan sedemikian, maka dibukakan untuknya pintu-pintu syurga.
[Riwayat Ibn Jumai’ dalam Mu’jam al-Shuyukh. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5691]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs