Apabila kalian berkahwin seorang wanita, maka malam tersebut adalah sebuah pembinaan

TEKS BAHASA ARAB

إذا تزوج أحدكم امرأة فكان ليلة البناء؛ فليصل ركعتين وليأمرها فلتصل خلفه؛ فإن الله جاعل في البيت خيرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kalian berkahwin seorang wanita, maka malam tersebut adalah sebuah pembinaan, maka solatlah dua rakaat, dan perintahkan ia juga, dan solat di belakang suaminya, maka Allah akan menjadikan di rumah itu kebaikan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 958, hadis nombor 4946. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن سلمان – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله ﷺ: إذا تزوج أحدكم امرأة فكان ليلة البناء؛ فليصل ركعتين وليأمرها فلتصل خلفه؛ فإن الله جاعل في البيت خيرا.
[البزار، ((الضعيفة)) (6470)].

(Munkar)
Diriwayatkan daripada Salman RA berkata: Bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila kalian berkahwin seorang wanita, maka malam tersebut adalah sebuah pembinaan, maka solatlah dua rakaat, dan perintahkan ia juga, dan solat di belakang suaminya, maka Allah akan menjadikan di rumah itu kebaikan.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6470].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs