TEKS BAHASA ARAB
إذا أطاق الغلام صوم ثلاثة أيام، وجب عليه صوم رمضان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila seorang kanak-kanak mampu untuk berpuasa tiga hari, maka wajib ke atasnya berpuasa.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 958, hadis nombor 4945. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن أبي لبيبة الأشهلي – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله ﷺ: إذا أطاق الغلام صوم ثلاثة أيام، وجب عليه صوم رمضان.
[ابن حبان في ((الضعفاء))، أبو نعيم في ((معرفة الصحابة))، فر، ((الضعيفة)) (6354)].
(Munkar)
Diriwayatkan daripada Abi Labibah Al-Asyhuliy RA berkata: Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang kanak-kanak mampu untuk berpuasa tiga hari, maka wajib ke atasnya berpuasa.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhua’fa’, Abu Nu’aim dalam Marifah al-Sahabah dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6354].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.