Apabila jantung hati orang yang beriman menggigil di jalan Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا رجف قلب المؤمن في سبيل الله تحاتت خطاياه كما تحاتت عذق النخلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila jantung hati orang yang beriman menggigil di jalan Allah, maka gugurlah dosanya umpama gugurnya gugusan buah kurma.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 984, hadis nombor 5076. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سلمان – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا ‌رجف قلب المؤمن في سبيل الله تحاتت خطاياه كما تحاتت عذق النخلة)). [حل، ((الضعيفة)) (2612)]

(Palsu) Daripada Salman RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila jantung hati orang yang beriman menggigil di jalan Allah, maka gugurlah dosanya umpama gugurnya gugusan buah kurma)). [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2612]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.