Apabila salah seorang daripada kalian pulang daripada perjalanan jauhnya

TEKS BAHASA ARAB

إذا رجع أحدكم من سفره، فليرجع إلى أهله بهدية، وإن لم يجد إلا أن يلقى في مخلاته حجرا أو حزمة حطب، فإن ذلك مما يعجبهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang daripada kalian pulang daripada perjalanan jauhnya, maka pulanglah ke pangkuan ahli keluarganya dengan (membawa) hadiah. Jika dia tidak menemukan apa-apa melainkan hanya terjumpa di kawasan terpencilnya akan seketul batu atau tali pengikat kayu api, maka hal itu juga sudah menggembirakan mereka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 984, hadis nombor 5075. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي رهم – رضي الله عنه – قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إذا رجع أحدكم من سفره، فليرجع إلى أهله بهدية، وإن لم يجد إلا أن يلقي في مخلاته حجرا أو حزمة حطب، فإن ذلك مما ‌يعجبهم)). [الدولابي، ((الضعيفة)) (2613)]

(Sangat Lemah) Daripada Abu Rahm RA berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila salah seorang daripada kalian pulang daripada perjalanan jauhnya, maka pulanglah ke pangkuan ahli keluarganya dengan (membawa) hadiah. Jika dia tidak menemukan apa-apa melainkan hanya terjumpa di kawasan terpencilnya akan seketul batu atau tali pengikat kayu api, maka hal itu juga sudah menggembirakan mereka))”. [Riwayat al-Dulabi dalam al-Kuna wal Asma’. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2613]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs