Apabila baginda menunaikan solat istisqa’, baginda akan berdoa: Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang melegakan dan lebat

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا استسقى قال: اللهم اسقنا غيثا مغيثا مريا توسع به لعبادك، تغزر به الضرع، وتحيي به الزرع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda menunaikan solat istisqa’, baginda akan berdoa: “Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang melegakan dan lebat, melapangkan hamba-hamba-Mu, menggemukkan ambing susu ternakan dan menghidupkan tanaman."

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 322, hadis nombor 1701. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن جراد – رضي الله عنه -، قال: ((كان إذا استسقى قال: اللهم اسقنا غيثا مغيثا مريا توسع به لعبادك، تغزر به الضرع، وتحيي به الزرع)). [هق، ((الضعيفة)) (5633)].

(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Jarad RA, beliau berkata: Apabila baginda menunaikan solat istisqa’, baginda akan berdoa: “Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang melegakan dan lebat, melapangkan hamba-hamba-Mu, menggemukkan ambing susu ternakan dan menghidupkan tanaman." [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5633].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.