TEKS BAHASA ARAB
كان إذا استسقى، قال: اللهم! أنزل في أرضنا زينتها وسكنها، [وارزقنا وأنت خير الرازقين].
TEKS BAHASA MALAYSIA
Adalah baginda itu apabila melakukan istisqa’ meminta hujan, baginda berdoa: “Ya Allah! Turunkanlah pada bumi kami ini perhiasannya dan ketenangannya, [dan kurniakanlah kami rezeki, sedangkan Engkaulah adalah sebaik-baik pemberi rezeki].”
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 322-323, hadis nombor 1702. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سمرة – رضي الله عنه -، قال: ((كان إذا استسقى، قال: اللهم! أنزل في أرضنا زينتها وسكنها، [وارزقنا وأنت خير الرازقين])). [البزار، طب، ((الضعيفة)) (5634)].
(Lemah) Daripada Samurah RA, beliau berkata: Adalah baginda itu apabila melakukan istisqa’ meminta hujan, baginda berdoa: “Ya Allah! Turunkanlah pada bumi kami ini perhiasannya dan ketenangannya, [dan kurniakanlah kami rezeki, sedangkan Engkaulah adalah sebaik-baik pemberi rezeki].” [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya dan al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5634].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.