Apabila Allah berkehendak untuk terlaksana qada’ dan qadar-Nya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا أراد الله إنفاذ قضائه وقدره سلب ذوي العقول عقولهم حتى ينفذ فيهم قضاؤه وقدره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Allah berkehendak untuk terlaksana qada’ dan qadar-Nya, maka Dia akan merenggut akal orang yang berakal sehingga terlaksana qada’ dan qadar-Nya pada mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَفِي الْمَقَاصِد «إِذَا أَرَادَ اللَّهُ إِنْفَاذَ قَضَائِهِ وَقَدَرِهِ سَلَبَ ذَوِي الْعُقُولِ عُقُولَهُمْ حَتَّى يَنْفُذَ فِيهِمْ قَضَاؤُهُ وَقَدَرُهُ» فِيهِ كَذَّاب يضع مَتْرُوك، وَعند الْبَيْهَقِيّ من قَول ابْن عَبَّاس.

Dalam kitab Al-Maqasid, “Apabila Allah berkehendak untuk terlaksana qada’ dan qadar-Nya, maka Dia akan merenggut akal orang yang berakal sehingga terlaksana qada’ dan qadar-Nya pada mereka”. Dalam sanadnya terdapat perawi yang berdusta, memalsukan hadis dan matruk (ditinggalkan). Al-Baihaqi menggangap ia sebagai kata-kata Ibn ‘Abbas RA.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.