TEKS BAHASA ARAB
إذا توضأت وأنا جنب أكلت وشربت، ولا أصلي ولا أقرأ حتى أغتسل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila aku telah berwuduk ketika aku dalam keadaan junub, aku makan dan minum tetapi aku tidak solat dan tidak juga membaca (al-Quran) sehinggalah aku mandi.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 396, hadis nombor 2115. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن مالك الغافقي – رضي الله عنه – أنه سمع رسول الله ﷺ يقول لعمر بن الخطاب: «إذا توضأت وأنا جنب أكلت وشربت، ولا أصلي ولا أقرأ حتى أغتسل». [أبو عبيد في «فضائل القرآن»، قط، هق، «الضعيفة» (2501)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin Malik al-Ghafiqi RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah ﷺ bersabda kepada Umar bin al-Khattab: "Apabila aku telah berwuduk ketika aku dalam keadaan junub, aku makan dan minum tetapi aku tidak solat dan tidak juga membaca (al-Quran) sehinggalah aku mandi". [Riwayat Abu ‘Ubayd dalam Fadail al-Quran, al-Daraqutni dalam al-‘Ilal dan al-Bayhaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2501].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.