TEKS BAHASA ARAB
إذا حلفت على معصية فدعها، واقذف ضغائن الجاهلية تحت قدمك، وإياك وشرب الخمر، فإن الله تبارك وتعالى لم يقدس شاربها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila kamu bersumpah untuk melakukan maksiat maka tinggalkanlah ia dan campakkanlah dendam jahiliah di bawah tapak kakimu. Waspadalah kamu daripada meminum arak, kerana sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi tidak menyucikan peminumnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 396, hadis nombor 2116. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ثوبان – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إذا حلفت على معصية فدعها، واقذف ضغائن الجاهلية تحت قدمك، وإياك وشرب الخمر، فإن الله تبارك وتعالى لم يقدس شاربها». [ك، «الضعيفة» (2545)].
(Palsu) Daripada Thauban RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda : "Apabila kamu bersumpah untuk melakukan maksiat maka tinggalkanlah ia dan campakkanlah dendam jahiliah di bawah tapak kakimu. Waspadalah kamu daripada meminum arak, kerana sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi tidak menyucikan peminumnya". [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2545].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.