TEKS BAHASA ARAB
ما اشتهر أن أبا محذورة أنشد بيتين بين يديه صلى الله عليه وسلم، وأنه تواجد حتى وقعت البردة الشريفة عن كتفيه، فتقاسمها فقراء الصفة، وجعلوها رقعا في ثيابهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apa yang terkenal bahawa Abu Mahzurah menyanyikan dua bait di hadapan Nabi SAW dan dia tawajud sehingga terjatuh burdah yang mulia dari bahunya lalu orang-orang faqir ahli suffah membahagi-bahagikannya. Dan mereka menjadikannya cebisan-cebisan pada baju-baju mereka.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 263, hadis nombor 468. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وفي المقاصد الحسنة للسخاوي: قال ابن تيمية: ما اشتهر أن أبا محذورة أنشد بيتين بين يديه صلى الله عليه وسلم، وأنه تواجد حتى وقعت البردة الشريفة عن كتفيه، فتقاسمها فقراء الصفة، وجعلوها رقعا في ثيابهم. كذب باتفاق أهل العلم بالحديث، وما روي فيه فموضوع. وقد سبق مثل هذا عن ابن تيمية أيضا.
Dan dalam Kitab al-Maqasid al-Hasanah karya al-Sakhawi: Ibn Taimiyah berkata: Apa yang terkenal bahawa Abu Mahzurah menyanyikan dua bait di hadapan Nabi SAW dan dia tawajud sehingga terjatuh burdah yang mulia dari bahunya lalu orang-orang faqir ahli suffah membahagi-bahagikannya. Dan mereka menjadikannya cebisan-cebisan pada baju-baju mereka. Ia adalah dusta dengan persepakatan ahli ilmu hadis. Dan apa yang diriwayatkan dalamnya adalah palsu. Dan telah berlalu semisal ini daripada Ibn Taimiyah juga.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.