TEKS BAHASA ARAB
ما يمنع أحدكم إذا عرف الإجابة من نفسه، فشفي من مرضه، أو قدم من سفر؛ يقول: الحمد لله الذي بعزته وجلاله تتم الصالحات.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiada yang menghalang salah seorang daripada kamu jika dia mendapati doanya dimakbulkan lalu dia disembuhkan daripada penyakitnya ataupun dia datang daripada pemusafiran lalu dia membaca: Segala puji bagi Allah dengan keperkasaan-Nya dan keagungan-Nya sempurnalah segala kebaikan.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1540, hadis nombor 7818. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن عائشة رضي الله عنها-، قالت : قال رسول الله صلي الله عليه وسلم: (ما يمنع أحدكم إذا عرف الإجابة من نفسه، فشفي من مرضه، أو قدم من سفر؛ يقول: الحمد لله الذي بعزته وجلاله تتم الصالحات) . [ك ،((الضعيفة)) (5599) ]
(Sangat Lemah)
Daripada Aisyah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiada yang menghalang salah seorang daripada kamu jika dia mendapati doanya dimakbulkan maka dia disembuhkan daripada penyakitnya ataupun dia selamat pulang daripada pemusafiran, lalu dia membaca: Segala puji bagi Allah dengan keperkasaan-Nya dan keagungan-Nya sempurnalah segala kebaikan.”
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5599].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.