Antara rukun (bucu/penjuru ka'bah) dan maqam (kubur Nabi Ibrahim) ialah multazam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

بين الركن والمقام ملتزم؛ ما يدعوبه صاحب عاهة إلا برىء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara rukun (bucu/penjuru ka’bah) dan maqam (kubur Nabi Ibrahim) ialah multazam, tidaklah diseru dengannya oleh orang yang sakit kecuali orang yang berlepas diri (daripada kesakitan tu).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1173, hadis nombor 5933. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((بين الركن والمقام ملتزم؛ ما يدعوبه صاحب عاهة إلا برىء)). [طب، ((الضعيفة)) (2149)]

(ٍSangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Antara rukun (bucu/penjuru ka’bah) dan maqam (kubur Nabi Ibrahim) ialah multazam, tidaklah diseru dengannya oleh orang yang sakit kecuali orang yang berlepas diri (daripada kesakitan tu).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 2149]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.