Sebaik-baik hamba adalah yang melakukan bekam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نعم العبد الحجام، يذهب بالدم، ويخف الصلب، ويجلو البصر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik hamba adalah yang melakukan bekam, dan mengalirkan darah, melindungi tulang sulbi, dan menajamkan matanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1173, hadis nombor 5934. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((نعم العبد الحجام، يذهب بالدم، ويخف الصلب، ويجلو البصر)). [ت، ه، طب، ك، ابن الضريس في ((الجزء الثالث من حديثه))، ((الضعيفة)) (2036)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik hamba adalah yang melakukan bekam, dan mengalirkan darah, melindungi tulang sulbi, dan menajamkan matanya.
[Riwayat Tirmizi dalam Sunan beliau, Ibn Majah dalam Sunan beliau, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan Ibn Dhurais dalam al-Hadisnya, Juzu: 03. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 2036]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.