Antara penipuan-penipuan yang dibenarkan dalam agama

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كل الكذب مكتوب كذبا لا محالة؛ إلا أن يكذب الرجل في الحرب – فإن الحرب خدعة -، أو يكذب بين الرجلين ليصلح بينهما، أو يكذب امرأته ليرضيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semua penipuan dengan pastinya dicatatkan sebagai penipuan, kecuali seorang lelaki yang menipu di dalam peperangan, kerana peperangan adalah muslihat atau menipu diantara kedua orang lelaki bagi memperbaiki hubungan kedua-duanya atau menipu isterinya bagi mendapat keredaannya.

STATUS

Lemah pada lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 941, hadis nombor 4850. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا اللفظ)
عن النواس بن سمعان – رضي الله عنه – مرفوعا: (( كل الكذب مكتوب كذباً لا محالة؛ إلا أن يكذب الرجل في الحرب – فإن الحرب خدعة -، أو يكذب بين الرجلين ليصلح بينهما، أو يكذب امرأته ليرضيها)).
[الطحاوي في ((المشكل))، ابن السني، هب، ((الضعيفة)) (4103)].

(Lemah pada lafaz ini)
Daripada Nawwas bin Sam’an RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Semua penipuan dengan pastinya dicatatkan sebagai penipuan, kecuali seorang lelaki yang menipu di dalam peperangan, kerana peperangan adalah muslihat atau menipu diantara kedua orang lelaki bagi memperbaiki hubungan kedua-duanya atau menipu isterinya bagi mendapat keredaannya.
[Riwayat al-Tahawi di dalam al-Musykil, Ibnu Al-Sunni, al-Baihaqi dalam Syu’ab al- Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4103].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.