Angkatlah (singkatkan) kainmu, ia akan membuatkan pakaian kamu tahan lebih lama dan menjadikan kamu lebih bertakwa (dalam riwayat lain: anqa (dengan huruf nun): "dan lebih bersih-merujuk kepada pakaian-")

TEKS BAHASA ARAB

ارفع إزارك، فإنه أبقى لثوبك، وأتقى (وفي رواية: وأنقى).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Angkatlah (singkatkan) kainmu, ia akan membuatkan pakaian kamu tahan lebih lama dan menjadikan kamu lebih bertakwa (dalam riwayat lain: anqa (dengan huruf nun): "dan lebih bersih"-merujuk kepada pakaian-).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1613, hadis nombor 8131. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الأشعث بن سليم، قال: سمعت عمتي تحدث عن عمها، قال: بينا أنا أمشي بالمدينة إذا إنسان يقول: ((ارفع إزارك، فإنه أبقى لثوبك، وأتقى [وفي رواية: وأنقى]))، قال: فالتفت فإذا رسول الله – صلى الله عليه وسلم-، فقلت: يا رسول الله إنما هي بردة ملحاء. فقال: ((أما لك في أسوة؟)) فنظرت فإذا إزاره إلى نصف ساقيه. [ت في ((الشمائل))، حم، ابن سعد، هب، ((الضعيفة)) (1857)].

(Lemah)
Daripada al-Ash’ath bin Salim berkata: Aku mendengar bapa saudaraku menceritakan daripada bapa saudaranya: “Ketika aku sedang berjalan di Madinah, tiba-tiba ada seorang berkata: ((Angkatlah (singkatkan) kainmu, ia akan membuatkan pakaian kamu tahan lebih lama dan menjadikan kamu lebih bertakwa (dalam riwayat lain: anqa (dengan huruf nun): "dan lebih bersih"-merujuk kepada pakaian-)) Dia berkata: Maka aku pun berpaling lalu terlihatlah orang yang berkata-kata tadi dan rupanya ia adalah Rasulullah SAW. Aku pun berkata: Wahai Rasulullah! Ia adalah burdah (jubah yang dibuat daripada bulu binatang) berwarna kelabu. Baginda bersabda: ((Sekalipun ia hanya burdah kelabu, tidakkah aku ini teladanmu?)) Aku pun melihat baginda, terlihat kain baginda yang dipakai sehingga ke paras separuh betisnya.”
[Riwayat al-Tirmiẓī di dalam al-Syamail, Aḥmad bin Ḥanbal di dalam Musnadnya, Ibn Sa’ad, dan al-Baihaqi di dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1857].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs