Pakailah inai kerana ia akan mendamaikan jiwa yang gelisah dan menjadikan nafas berbau segar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اختضبوا بالحناء، فإنه يسكن الروع، ويطيب الريح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pakailah inai kerana ia akan mendamaikan jiwa yang gelisah dan menjadikan nafas berbau segar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1613, hadis nombor 8130. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((اختضبوا بالحناء، فإنه يسكن الروع، ويطيب الريح)). [ع، تمام، ((الضعيفة)) (1505)].

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Pakailah inai kerana ia akan mendamaikan jiwa yang gelisah dan menjadikan nafas berbau segar.))
[Riwayat Abi Ya’la di dalam Musnadnya dan Tammam. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1505].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.