Anak itu adalah buah hati

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

‌الولد ثمرة القلب، وإنه مجبنة، مبخلة، محزنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Anak itu adalah buah hati, dan dia punca (si ayah) menjadi seorang pengecut, kedekut, dan kesedihan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 946, hadis nombor 4879. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(ضعيف)
عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – مرفوعا :((الولد ثمرة القلب، وإنه مجبنة، مبخلة، محزنة)).
[ع، البزار، ((الضعيفة)) (4764)].

(Lemah)
Daripada Abu Said RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Anak itu adalah buah hati, dan dia punca (si ayah) menjadi seorang pengecut, kedekut, dan kesedihan.
[Riwayat Abi Ya’la dalam al-Musnad, al-Bazar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4764].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.