TEKS BAHASA ARAB
أوحى الله إلى عيسى آمن بمحمد ومر أمتك أن يؤمنوا به فلولا محمد ما خلقت آدم ولا الجنة ولا النار ولقد خلقت العرش على الماء فاضطرب فكتبت عليه لا إله إلا الله محمدا رسول الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Allah telah memberikan wahyu kepada Nabi Isa agar beriman dengan Nabi Muhammad: "Perintahkan umatmu wahai Isa agar beriman dengan Muhammad. Jika tidak kerana Muhammad tidaklah aku ciptakan Adam, syurga mahupun neraka. Aku telah cipta Arasy di atas air kemudian ia bergoncang. Lalu Aku tulis di atasnya Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."
STATUS
Tidak Sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 44. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
نَظِير أول مَا خلق الله نوري من عدم ثُبُوته لفظا ووروده معنى مَا اشْتهر عَليّ لِسَان الْقصاص والعوام والخواص من حَدِيث لَوْلاكَ لَمَا خَلَقْتُ الأَفْلاكِ.
قَالَ عَلِيٌّ الْقَارِيُّ فِي تَذْكِرَةِ الْمَوْضُوعَاتِ حَدِيثَ لَوْلاكَ لَمَا خَلَقْتُ الأَفْلاكِ. قَالَ الْعَسْقَلانِيُّ مَوْضُوعٌ كَذَا فِي الْخُلَاصَة لَكِن مَعْنَاهُ صَحِيح فقد روى الديلمي عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ مَرْفُوعًا: أَتَانِي جِبْرِيلُ فَقَالَ، قَالَ اللَّهُ يَا مُحَمَّدُ! لَوْلاكَ مَا خَلَقْتُ الْجَنَّةَ وَلَوْلاكَ مَا خَلَقْتُ النَّارَ انْتَهَى.
ذكر الْقَسْطَلانِيُّ فِي الْمَوَاهِبِ اللَّدُنِّيَّةِ وَالزُّرْقَانِيُّ فِي شرح أَنَّ الْحَاكِمَ أَخْرَجَ فِي مُسْتَدْرَكِهِ عَنْ عُمَرَ مَرْفُوعًا: إِنَّ آدَمَ رَأَى اسْمَ مُحَمَّدٍ مَكْتُوبًا عَلَى الْعَرْشِ وَإِنَّ اللَّهَ قَالَ لآدَمَ: لَوْلا مُحَمَّدٌ مَا خَلَقْتُكَ. وَرَوَى أَبُو الشَّيْخِ فِي طَبَقَاتِ الأَصْفَهَانِيِّينَ وَالْحَاكِمُ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَوْحَى اللَّهُ إِلَى عِيسَى آمِنْ بِمُحَمَّدٍ وَمُرْ أُمَّتَكَ أَنْ يُؤْمِنُوا بِهِ، فَلَوْلا مُحَمَّدٌ مَا خَلَقْتُ آدَمَ وَلا الْجَنَّةَ وَلا النَّارَ، وَلَقَدْ خَلَقْتُ الْعَرْشَ عَلَى الْمَاءِ فَاضْطَرَبَ فَكتبت عَلَيْهِ لَا إِلَهَ إِلا اللَّهُ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَفِي سَنَدِهِ عُمَرُ وَابْنُ أَوْسٍ لَا يَدْرُي مَنْ هُوَ.
Perkara yang serupa dengan hadis perkara pertama yang diciptakan oleh Allah dari sudut ketidakabsahan riwayatnya pada lafaznya dan hanya disebutkan secara makna ialah apa yang berlegar di lisan para penglipur lara, orang awam serta yang belajar ialah hadis:
لولاك لما خلقت الأفلاك
Maksudnya: “Jika tidak kerana engkau (Wahai Muhammad) maka aku tidak akan ciptakan cakerawala.”
Ali al-Qari di dalam kitabnya Tazkirah al-Maudhu’at menyebutkan hadis ini ini di dalam kitabnya. Ibnu Hajar al-Asqalani menyebut bahawa hadis ini ialah hadis yang palsu namun maknanya sahih. Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibnu Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW):
أتاني جبريل فقال قال الله يا محمد لولاك ما خلقت الجنة ولولاك ما خلقت النار
Maksudnya: “Jibril datang kepadaku. Dia berkata: Allah berfirman: Wahai Muhammad jika tidak keranamu, Aku tidak ciptakan syurga mahupun neraka.
Al-Qastalani di dalam al-Mawahib al-Ladunniah dan al-Zarqani di dalam huraiannya terhadap kitab al-Mawahib menyatakan bahawa al-Hakim meriwayatkan hadis ini di dalam kitabnya al-Mustadrak daripada Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW):
إن آدم رأى اسم محمد مكتوبا على العرش وإن الله قال لآدم لولا محمد ما خلقتك
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Adam melihat nama Nabi Muhammad ditulis di atas Arasy dan kemudiannya Allah berfirman kepada Nabi Adam: Jika tidak kerana Muhammad, Aku tidak akan ciptakan engkau.”
Abu al-Sheikh di dalam Tabaqat al-Asfahaniyin dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibnu Abbas:
أوحى الله إلى عيسى آمن بمحمد ومر أمتك أن يؤمنوا به فلولا محمد ما خلقت آدم ولا الجنة ولا النار ولقد خلقت العرش على الماء فاضطرب فكتبت عليه لا إله إلا الله محمدا رسول الله
Maksudnya: “Allah telah memberikan wahyu kepada Nabi Isa agar beriman dengan Nabi Muhammad: Perintahkan umatmu wahai Isa agar beriman dengan Muhammad. Jika tidak kerana Muhammad tidaklah aku ciptakan Adam, syurga mahupun neraka. Aku telah cipta arasy di atas air kemudian ia bergoncang. Lalu Aku tulis di atasnya "Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.”
Di dalam sanad hadis ini ada perawi yang bernama Umar dan Ibnu Aus. Tidak diketahui siapakah dia.
RUJUKAN
Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.