Aku merupakan Nabi dalam keadaan Adam berada

TEKS BAHASA ARAB

كنت نبيا وآدم بين الماء والطين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku merupakan Nabi dalam keadaan Adam berada di antara air dan tanah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 45. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَكَذَا مَا اشْتهر على أَلْسِنَة الْقصاص من حَدِيث كنت نَبيا وآدَم بَين المَاء والطين. وفى رِوَايَة وَكنت نَبيا وَلَا آدم وَلَا مَاء وَلَا طين، فَإِنَّهُ صرح السخاوي فِي ((الْمَقَاصِد الْحَسَنَة فِي بَيَان كثير من الْأَحَادِيث المشتهرة على الْأَلْسِنَة)) ، والسيوطي فِي ((الدُّرَر المشتهرة فِي الْأَخْبَار المشتهرة))، وَغَيرهمَا بِأَنَّهُ مَوْضُوع بِهَذَا اللَّفْظ. نعم ثَبت عِنْد الْحَاكِم فِي مُسْتَدْركه وَصَححهُ، وَأبي نعيم فِي حلية الْأَوْلِيَاء، وَالْبُخَارِيُّ فِي تَارِيخِهِ وَأَحْمَدُ فِي مُسْنَدِهِ عَنْ مَيْسَرَةَ الضَّبِّيِّ. قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ {مَتَى كُنْتَ نَبِيًّا؟ قَالَ: وَآدَمُ بَيْنَ الرُّوحِ وَالْجَسَدِ، وَعِنْدَ الْبَيْهَقِيِّ وَأَحْمَدَ مِنْ حَدِيثِ الْعِرْبَاض ابْن سَارِيَةَ مَرْفُوعًا: إِنِّي عِنْدَ اللَّهِ لَخَاتَمُ النَّبِيِّينَ، وَإِنَّ آدَمَ لَمُنْجَدِلٌ فِي طِينَتِهِ وَعِنْدَ التِّرْمِذِيِّ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ إِنَّهُمْ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ} مَتَى وَجَبَتْ لَكَ النُّبُّوَةُ؟ قَالَ: وَآدَمُ بَيْنَ الرُّوحِ وَالْجَسَدِ.

Begitu juga ada hadis yang masyhur di lidah para penglipur lara iaitu:
كنت نبيا وآدم بين الماء والطين
Maksudnya: “Aku merupakan Nabi dalam keadaan Adam berada di antara air dan tanah.”
Di dalam riwayat yang lain:
وكنت نبيا ولا آدم ولا ماء ولا طين
Maksudnya: “Aku telah menjadi Nabi dan pada ketika itu tiada Adam, air mahupun tanah.”
Al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah Fi Bayan Kathir Min al-Ahadith al-Musyhtaharah ‘Ala al-Alsinah, al-Suyuti di dalam al-Durar al-Musyhtaharah Fi al-Akhbar al-Musyhtaharah dan lain-lain lagi secara jelas menyatakan bahawa hadis dengan lafaz ini ialah palsu.
Ya, hadis ini memang ada diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam kitabnya al-Mustadrak dan beliau menilai hadis ini sahih. Ia juga disebutkan oleh Abu Nu’aim di dalam Hilyah al-Ulama, al-Bukhari di al-Tarikh al-Kabir dan juga Imam Ahmad di dalam Musnadnya daripada Maisarah al-Dhobbi. Beliau berkata:
قلت يا رسول الله متى كنت نبيا قال وآدم بين الروح والجسد
Maksudnya: "Aku berkata: Wahai Rasulullah: Bilakah engkau menjadi Nabi. Nabi SAW menjawab: Ketika Adam berada di antara ruh dan jasad.”
Al-Baihaqi dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada al-‘Irbadh Bin Sariyah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW):
إني عند الله لخاتم النبيين وإن آدم لمنجدل في طينته
Maksudnya: "Aku merupakan penutup para Nabi di sisi Allah dan pada ketika itu Adam masih di dalam tanah.”
Riwayat Imam al-Tirmizi daripada Abu Hurairah:
إنهم قالوا يا رسول الله متى وجبت لك النبوة قال وآدم بين الروح والجسد
Maksudnya: "Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah bilakah engkau mendapat kenabian? Nabi SAW menjawab: Ketika Adam berada di antara ruh dan jasad.”

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.