Allah mewahyukan kepada Nabi SAW bahawa aku telah membunuh bersama Yahya bin Zakaria 70,000 musuh

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: أوحى الله إلى النبي صلى الله عليه وآله وسلم. أني قد قتلت بيحيى بن زكريا سبعين ألفا وإني قاتل بابنك سبعين ألفا وسبعين ألفا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Allah memberi wahyu kepada Nabi SAW : Aku telah membunuh bersama Yahya bin Zakaria menghadapi 70,000 musuh dan Aku telah berperang dengan anakmu menghadapi 70,000 dan 70,000 musuh.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 387-388, hadis nombor 106. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن حبان: لا أصل له. وفي إسناده: محمد بن شداد ضعيف جدا. وقد تابعه القاسم بن إبراهيم الكوفي وهو منكر الحديث. قال في اللآلىء: أخرجه الحاكم في المستدرك من طريق ستة أنفس عن أبي نعيم. وقال: صحيح ووافقه الذهبي في تلخيصه. وقال: إنه على شرط مسلم.

Ibn Hibban berkata: Tiada asal baginya. Pada sanadnya terdapat Muhammad bin Syaddad, sangat dhaif.
Al-Qasim bin Ibrahim al-Kufi meriwayatkan dengan riwayat sokongan, dia adalah munkar al-hadith.
Dia berkata dalam al-Laali’: Ia dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dari jalan enam orang perawi daripada Abu Nu’aim. Dia berkata: Sahih, ia dipersetujui oleh al-Zahabi dalam al-Talkhis. Dia berkata: Ia adalah mengikut syarat Muslim.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.