Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: أنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ رَأَى طَعَامًا. فَقَالَ: لِمَنْ هَذَا؟ قَالَ الْعَبَّاسُ: لِلْحَبَشَةِ. أُطْعِمُهُمْ وَأَكْسُوهُمْ قَالَ: لا تَفْعَلْ، إِنَّهُمْ إِنْ جَاعُوا سَرَقُوا، وَإِنْ شَبِعُوا زَنَوْا.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Bahawa Nabi SAW melihat satu makanan. Baginda bertanya: Untuk siapakah makanan ini? Al-Abbas menjawab: Untuk Habsyah. Aku memberi makanan dan pakaian untuk mereka. Nabi SAW bersabda: Jangan lakukan. Sesungguhnya jika mereka lapar mereka akan mencuri dan jika mereka kenyang mereka akan berzina.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
- ‘Aisyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 415, hadis no. 173. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Diriwayatkan oleh al-Daraqutni daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Umar bin Hafs al-Makki, dia tiada suatu apapun (tidakboleh dijadikan hujah). Dia telah bersendirian dalam meriwayatkan hadith ini. Ibn Adi meriwayatkan seumpamanya daripada Aisyah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dengan lafaz: al-zinji (orang kulit hitam) itu jika kenyang _ sehingga akhir hadith. Pada sanadnya terdapat Anbasah al-Basri, seorang yang matruk (ditinggalkan hadithnya). Al-Tabarani meriwayatkan yang seumpamanya daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Tiada kebaikan bagi orang Habasyah: Jika mereka lapar mereka akan mencuri, jika mereka kenyang mereka akan berzina. Mereka ada dua sikap yang bagus, memberi makan dan berani ketika perang. Ia adalah dari riwayat Ausajah daripada Ibn Abbas. Al-Zahabi berkata dalam al-Mughni: Ausajah daripada Ibn Abbas. Abu Daud meriwayatkan daripadanya. Dia seorang yang majhul (tidak dikenali).
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman