Allah menjadikan empat perkara berikut sebagai penjamin bagi (keadaan) hamba-Nya (di akhirat kelak)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ضمن الله خلقه أربعا: الصلاة، والزكاة، وصوم رمضان، والغسل من الجنابة، وهن السرائر التي قال الله –تعالى-: ﴿يوم تبلى السرائر﴾ [الطارق: 9].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah menjadikan empat perkara berikut sebagai penjamin bagi (keadaan) hamba-Nya (di akhirat kelak): Solat, zakat, puasa Ramadan dan mandi junub. Empat perkara ini ialah perkara tersembunyi (dari sudut niat dan penerimaannya) yang Allah berfirman tentangnya: “Pada hari didedahkan segala yang tersembunyi. (Surah al-Tariq ayat 9).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 476, hadis nombor 2557. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي الدرداء –رضي الله عنه- مرفوعا: ((ضمن الله خلقه أربعا: الصلاة، والزكاة، وصوم رمضان، والغسل من الجنابة، وهن السرائر التي قال الله –تعالى-: ﴿يوم تبلى السرائر﴾ [الطارق: 9] )). [فر، ((الضعيفة)) (3817)]

(Palsu)
Daripada Abu al-Darda’ RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Allah menjamin empat perkara bagi hamba-Nya: solat, zakat, puasa Ramadan dan mandi junub. Empat perkara ini ialah perkara tersembunyi yang Allah berfirman tentangnya: “Pada hari didedahkan segala yang tersembunyi. (Surah al-Tariq ayat 9).”
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 3817]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.