Darjat sabar berbanding sekalian cabang iman adalah seperti darjat kepala berbanding sekalian anggota badan

TEKS BAHASA ARAB

الصبر من الإيمان بمنزلة الرأس من البدن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Darjat sabar berbanding sekalian cabang iman adalah seperti darjat kepala berbanding sekalian anggota badan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 476, hadis nombor 2555. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك –رضي الله عنه- مرفوعا: ((الصبر من الإيمان بمنزلة الرأس من البدن)). [فر، ((الضعيفة)) (3793)]

(Sangat lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Darjat sabar berbanding sekalian cabang iman adalah seperti darjat kepala berbanding sekalian anggota badan.”
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah no.3793]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.