Kesempurnaan iman seorang hamba

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن من تمام إيمان العبد أن يستثني في كل حديثه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya daripada kesempurnaan iman seseorang hamba itu ialah dia mengucapkan pengecualian (ucapan insya-Allah) pada setiap percakapannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 570, hadis nombor 2951. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قَالَ: قَالَ ﷺ: «إن من تمام إيمان العبد أن يستثني في كل حديثه». [طس، فر، «الضعيفة» (7124)].

(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Sesungguhnya daripada kesempurnaan iman seseorang hamba itu ialah dia mengucapkan pengecualian (ucapan insya-Allah) pada setiap percakapannya.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan al-Daylamī dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7124].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.