Allah berkati madu Benha

TEKS BAHASA ARAB

بارك في عسل بنها. قال يحيى: بنها: قرية من قرى مصر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah berkati madu Benha. Yahya berkata: Benha: Bandar daripada bandar-bandar Mesir.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1791, hadis nombor 9025. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن شهاب مرفوعاً: بارك في عسل بنها. قال يحيى: بنها: قرية من قرى مصر. [الدوري في (التاريخ والعلل)،(الضعيفة) (1258)]

(Munkar) Daripada Ibn Syihab, Nabi SAW bersabda: "Allah berkati madu Benha." Yahya berkata: Benha: Bandar daripada bandar-bandar Mesir. [Riwayat al-Duri dalam al-Tarikh Wal ‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1258]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs