Jagalah aku dengan menjaga para sahabatku dan para menantuku

TEKS BAHASA ARAB

احفظوني في أصحابي وأصهاري، فمن حفظني فيهم؛ حفظه الله في الدنيا والآخرة، ومن لم يحفظني فيهم؛ تخلى الله عنه، ومن تخلى الله عنه، أوشك أن يأخذه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jagalah aku dengan menjaga para sahabatku dan para menantuku. Sesiapa yang menjagaku dengan menjaga mereka, Allah akan menjaganya di dunia dan akhirat. Siapa yang tidak menjagaku dengan tidak menjaga mereka, Allah berlepas diri dari-Nya. Sesiapa yang dibiarkan Allah, maka hampirlah dia untuk diambil (nyawanya).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1807, hadis nombor 9112. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عياض الأنصاري -ر ضي الله عنه – مرفوعا: ((احفظوني في أصحابي وأصهاري، فمن حفظني فيهم؛ حفظه الله في الدنيا والآخرة، ومن لم يحفظني فيهم؛ تخلى الله عنه، ومن تخلى الله عنه، أوشك أن يأخذه)). [فر، ((الضعيفة)) (2104)]

(Palsu) Daripada ‘Iyad al-Ansori RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Jagalah aku dengan menjaga para sahabatku dan para menantuku. Sesiapa yang menjagaku dengan menjaga mereka, Allah akan menjaganya di dunia dan akhirat. Siapa yang tidak menjagaku dengan tidak menjaga mereka, Allah berlepas diri dari-Nya. Sesiapa yang dibiarkan Allah, maka hampirlah dia untuk diambil (nyawanya)." [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2104]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.