Rasulullah SAW memanjangkan doa dan banyak memohon ketika menunaikan solat sunat istisqa'

TEKS BAHASA ARAB

رأيته صلى الله عليه وسلم حين استسقى لنا أطال الدعاء وأكثر المسألة، ثم تحول إلى القبلة، وحول رداءه، فقلبه ظهرا لبطن، وتحول الناس معه، وبدأ بالصلاة قبل الخطبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat Rasulullah SAW memanjangkan doa dan memperbanyakkan permintaannya ketika beristisqa’ (memohon hujan) bersama kami. Kemudian baginda menghadap ke arah kiblat dan menyilangkan kain ridaknya, menjadikan bahagian luarnya ke dalam. Kemudian orang ramai turut berpusing ke arah kiblat dan baginda memulakan dengan solat sebelum khutbah.

STATUS

Syaz dengan riwayat ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1530, hadis nombor 7774. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ بهذا السياق) عن عبد الله بن زيد المازني – رضي الله عنه-، قال: ((رأيته صلى الله عليه وسلم حين استسقى لنا أطال الدعاء وأكثر المسألة، ثم تحول إلى القبلة، وحول رداءه، فقلبه ظهرا لبطن، وتحول الناس معه، وبدأ بالصلاة قبل الخطبة)). [حم، ((الضعيفة)) (5629)].

(Syaz dengan riwayat ini)
Daripada Abdullah bin Zaid al-Mazini RA berkata: “Aku melihat Rasulullah SAW memanjangkan doa dan memperbanyakkan permintaannya ketika beristisqa’ (memohon hujan) bersama kami. Kemudian baginda menghadap ke arah kiblat dan menyilangkan kain ridaknya, menjadikan bahagian luarnya ke dalam. Kemudian orang ramai turut berpusing ke arah kiblat dan baginda memulakan dengan solat sebelum khutbah.” [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal di dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5629].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.