Al-Qalam berkata: Arasy itu mempunyai 360,000 tiang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قال القلم إن للعرش ثلاثمائة وستين ألف قائمة كل قائمة من قوائمه كأطباق الدنيا ستون ألف مرة تحت كل قائمة ستون ألف مدينة في كل مدينة ستون ألف صحراء ستون ألف عالم في كل عالم مثل الثقلين الجن والإنس وستون ألف مرة لا يعلمون أن الله عز وجل خلق آدم وإبليس ألهمهم الله عز وجل أن يستغفروا لأبي بكر وعمر وعثمان وعلي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Qalam berkata: Arasy itu mempunyai 360,000 tiang. Setiap tiangnya 60,000 kali ganda besar daripada lapisan dunia. Di bawah setiap tiang ada 60,000 kota. Setiap kota ada 60,000 padang pasir dan 60,000 alam. Dalam setiap alam, umpama 60,000 kali ganda penduduk dari alam jin dan manusia sebanyak 60 ribu kali. Mereka tidak mengetahui bahawa Allah menciptakan Adam dan Iblis. Allah juga mengilhamkan kepada mereka agar sentiasa memohon ampun untuk Abu Bakar, Umar, Uthman dan ‘Ali.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«قَالَ الْقَلَم إِن للعرش ثَلَاثمِائَة وَسِتِّينَ ألف قَائِمَة كل قَائِمَةٍ مِنْ قَوَائِمِهِ كَأَطْبَاقِ الدُّنْيَا سِتُّونَ أَلْفَ مَرَّةٍ تَحْتَ كُلِّ قَائِمَةٍ سِتُّونَ أَلْفَ مَدِينَةٍ فِي كُلِّ مَدِينَةٍ سِتُّونَ أَلْفَ صَحْرَاءَ سِتُّونَ أَلْفَ عَالَمٍ فِي كُلِّ عَالَمٍ مِثْلُ الثَّقَلَيْنِ الْجِنِّ وَالإِنْسِ وَسِتُّونَ أَلْفَ مَرَّةٍ لَا يَعْلَمُونَ أَنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ خَلَقَ آدَمَ وَإِبْلِيسَ أَلْهَمَهُمُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لأَبِي بَكْرٍ وَعمر وَعُثْمَان وَعلي» فِيهِ مُحَمَّد بن النَّضر لم يكن ثِقَة.

Al-Qalam berkata: Arasy itu mempunyai 360,000 tiang. Setiap tiangnya 60,000 kali ganda besar daripada lapisan dunia. Di bawah setiap tiang ada 60,000 kota. Setiap kota ada 60,000 padang pasir dan 60,000 alam. Dalam setiap alam, umpama 60,000 kali ganda penduduk dari alam jin dan manusia sebanyak 60 ribu kali. Mereka tidak mengetahui bahawa Allah menciptakan Adam dan Iblis. Allah juga mengilhamkan kepada mereka agar sentiasa memohon ampun untuk Abu Bakar, Umar, Uthman dan ‘Ali.” Dalam sanad hadis ini ada seorang perawi bernama Muhammad Bin Al-Nadr. Beliau bukan perawi yang thiqah.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.